Wednesday, March 5, 2008

Diary Earthquake...

This was suppose to be my premier post for MSM North West blog. However, since it was written at 2am in the morning, it didn't get posted since everyone else was asleep or at least, the person I tried to contact was offline. So, here it is... (a bit outdated.. I know.. but that's the point. The point is to ponder upon each and every event that happens in our lives...-tetibe rase mcm PPD exercise plaks...)

Tepat pukul 12.56, gegarannya dirasakan amat kuat. Adakah ia kerana angin yang sudah beberapa hari menyatakan hasrat ingin menjadikan kami ’superman’? Namun, angin tidak bersuara malam ini.

Rumahku bagai didodoi ke depan, ke belakang, membuatkan aku yang sedang lena terjaga. Terkejut. Angin? Tiada bunyi? Pelik.

Gegaran dirasakan selama 7 saat. Aku sudah membayangkan yang terburuk. Bolehkah ia terjadi di negara maju ini? Bolehkah ia terjadi di sebuah negara makmur dan tenang?

Setelah seketika, benarlah apa yang ku sangka. Gegaran yang benar berskala 4.7 di skala Richter.

Click here for details.

Astaghfirullah... mungkin ianya satu peringatan dari Yang Maha Esa. Hanya dengan sedikit gegaran, jantungku bagai nak berehat. Apetah lagi apabila digegarkan oleh Al-Zilzal? Apetah lagi apabila Bumi mendatangkan khabarnya? Nauzubillah...sungguh tak ingin aku berda di situ.

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.

  1. Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat
  2. dan bumi telah mengeluarkan beban-beban (yang dikandungnya) yang berat
  3. dan, manusia bertanya, ”Apa yang terjadi dengan bumi ini?”
  4. Pada hari itu bumi menyampaikan beritanya,
  5. kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan(yang demikian itu) kepadanya
  6. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok-kelompok, untuk diperlihatkan kepada meraka (balasan) semua perbuatannya
  7. Maka barang siapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya
  8. dan barang siapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya

Al-Zalzalah (99: 1-8)

Marilah sama-sama kita beristighfar... renungkan kejadian alam yang sesungguhnya, merupakan peringatan bagi mereka yang peduli...

Wassalam

No comments: